More

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan tanpa sebarang henti cas pertengahan. Ia bertujuan menguji kecekapan sebenar model 2026 BYD SEALION 7 Premium dan 2026 BYD ATTO 3 Premium di atas jalan raya Malaysia.

    Laluan ujian bermula dari bilik pameran BYD Ara Damansara menuju ke Mangala Estate Boutique Resort sejauh 257km menerusi Mentakab, sebelum pulang semula sejauh 252km melalui Awana Genting Highlands. Pemanduan dilakukan pada kelajuan purata antara 65km/j hingga 100km/j merentasi jalan bandar, jalan B, lebuh raya serta kecerunan tinggi dengan penyaman udara dipasang sepanjang masa.

    Keputusan ujian mencatatkan unit pemenang BYD SEALION 7 Premium menyempurnakan perjalanan 509km dengan baki bateri 31%. Berdasarkan kadar penggunaan tersebut, jarak pemanduan penuh bagi model ini dianggarkan mampu mencapai sehingga 698km bagi satu cas, mengatasi jarak rasmi NEDC 650km.

    Bagi unit pemenang BYD ATTO 3 Premium pula, kenderaan menamatkan pemanduan dengan baki bateri 17% yang memberikan anggaran jarak keseluruhan sehingga 602km berbanding penilaian rasmi NEDC 600km. Secara keseluruhan, purata baki bateri bagi semua kenderaan selepas perjalanan 509km adalah 21% iaitu 14.8 kWh bagi setiap 100km.

    Semasa laluan menuruni Genting Highlands, sistem pembrekan semula tenaga (regenerative braking) menukarkan tenaga kinetik kepada tenaga elektrik untuk mengecas semula bateri. BYD SEALION 7 Premium dilengkapi bateri 91.39 kWh Blade LFP, motor 230 kW dan tork 380 Nm, pengecasan pantas DC 230 kW, pacuan roda belakang serta pecutan 0-100 km/j dalam 6.9 saat.

    Bagi BYD ATTO 3 Premium, ia hadir dengan bateri 74.88 kWh Blade LFP, motor 230 kW dan tork 380 Nm, pengecasan DC 220 kW, pacuan roda belakang serta kelajuan pecutan 0-100 km/j dalam 5.5 saat. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Apple diperintah bayar RM23.8 bilion kepada Taptic Engine kerana tiru paten

    Mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan Apple perlu membayar $5.7 bilion (~RM23.8 bilion) kepada Taction Technology kerana melanggar paten berkaitan perkakasan Taptic Engine....

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured