More

    ByteDance mungkin sedang menghasilkan perkhidmatan kewangan untuk TikTok

    Perkhidmatan e-kewangan kini sudah pun menjadi sebahagian daripada hidup kita, malah mungkin akan menggantikan sistem wang kertas pada masa akan datang. Kini, syarikat yang telah membina aplikasi TikTok mungkin berminat untuk menghasilkan perkhidmatan e-kewangan mereka sendiri dengan nama TikTok Payment.

    ByteDance, syarikat yang bertanggungjawab menghasilkan TikTok, dilaporkan telah memfailkan tanda dagangan “TikTok Payment” di bawah kategori Pengurusan Hak Milik Kewangan dan kini sedang menunggu kelulusan. Ini adalah langkah terbaru oleh ByteDance untuk menceburi industri kewangan, selepas ia membeli perkhidmatan pembayaran UIPay pada bulan September.

    Pada bulan Julai, ByteDance telah memperoleh lesen untuk menyediakan mikro-pinjaman di China serta pembrokeran saham dan pengurusan harta di Hong Kong. Di Singapura pula, ByteDance telah membuat permohonan untuk lesen perbankan digital, namun masih tidak pasti jika permohonan tersebut telah diluluskan.

    Dengan perkembangan ini, TikTok mungkin akan jadi satu platform pembayaran elektronik dalam masa terdekat. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave EN

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...