More

    Cabaran Apple Shot on iPhone: Kongsi foto makro iPhone dari sekarang hingga 16 Februari

    Apple menjemput pengguna iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max untuk menangkap butiran kecil dengan fotografi makro Shot on iPhone Challenge. Cabaran bermula pada hari ini dan berlangsung hingga 16 Februari 2022. Pemenang Shot on iPhone Challenge akan diumumkan pada bulan April.

    Barisan iPhone 13 Pro menampilkan sistem kamera yang canggih dan memberi tangkapan imej yang tajam dengan jarak fokus minimum 2cm. Apple ingin anda berkongsi foto makro yang diambil pada iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max di Instagram dan Twitter menggunakan hashtags #ShotoniPhone dan #iPhonemacrochallenge untuk menyertai cabaran itu. 

    Sistem kamera pro pada iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max menampilkan kamera ultra lebar, lebar dan telefoto baharu dengan sokongan prestasi cipset A15 Bionic rekaan Apple. Kamera ultra lebar serba baharu menampilkan apertur ƒ/1.8 yang luas dan sistem autofokus dengan peningkatan 92% untuk persekitaran cahaya malap menghasilkan imej yang lebih jelas. Reka bentuk lensa baharu mampu untuk autofokus untuk pertama kali dalam ultra lebar pada iPhone. Beberapa contoh fotografi makro seperti berus rambut, bahan makanan atau alam semula jadi seperti ais, salji, bulu, bunga, serangga atau haiwan peliharaan. 

    Panel hakim dari industri dan Apple terrmasuk Anand Karma, Apeksha Maker, Peter McKinnon, Paddy Chao, Yit Keat Lee, Arem Duplessis, Billy Sorrentino, Della Huff, Kaiann Drance dan Pamela Chen. Mereka akan menyemak tangkapan imej di seluruh dunia dan memilih 10 foto pemenang. Foto-foto yang menang akan dimuat turun dalam galeri di Apple Newsroom, apple.com/sg, Apple Instagram (@apple) dan akaun Apple rasmi yang lain. Ia juga mungkin boleh dilihat dalam kempen digital, lokasi Apple Store, papan iklan atau dalam pameran foto awam.

    Pengguna Weibo juga boleh mengambil bahagian menggunakan #ShotoniPhone# dan #iPhonemacrochallenge#. Anda perlu menyatakan model telefon yang digunakan untuk menangkap imej dalam kapsyen. Selain itu, terdapat alternatif lain dengan menghantar imej anda dalam resolusi tinggi melalui e-mel ke [email protected]. 

    Anda boleh ke Apple Newsroom untuk ketahui lebih lanjut mengenai syarat penyertaan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Apple Newsroom

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...