More

    Canon EOS R3 ‘mirrorless’ dilancar di Malaysia: Miliki sensor 24MP dan skrin sesentuh boleh lipat berharga RM26,288

    Pada minggu lepas, Canon telah melancarkan Canon EOS R3 yang menggunakan sistem EOS R tanpa cermin (mirrorless) dengan ketahanan dan prestasi yang menjadi nilai tambah dalam barisan produk DSLR miliknya.

    Berikut merupakan beberapa spesifikasi Canon EOS R3:

    • Sensor tersusun CMOS: Mempunyai sensor lampu latar
    • Kadar tangkapan 30fps: Pengambilan gambar berterusan sehingga 30fps atau 12 fps dengan pengatup mekanikal
    • Max ISO 102,400: Sensitiviti dari ISO 100 hingga ISO 102,400 
    • Resolusi 24MP: Kualiti gambar, prestasi tinggi ISO dan saiz fail yang ideal
    • Penstabilan Imej (Image Stabilization/ IS) 8-hentian: Penstabilan imej dalam-badan yang berfungsi bersama lensa IS
    • AF kawalan mata: Pilih fokus atau subjek
    • Pengesan subjek: Mengesan manusia, haiwan dan kenderaan dalam mod gambar dan video secara automatik
    • Skrin Vari-Angle: Skrin sentuh berartikulasi penuh, 8.2cm, 4,200,000-titik
    • Pemidang tilik (viewfinder) elektronik: Viewfinder elektronik 5,760,000-titik tanpa pemadaman dengan kadar muat 120fps dan liputan 100 peratus
    • Wifi dan Bluetooth: Penyambungan kawalan jauh dan pemindahan gambar secara wayarles
    • RAW 6K: Fleksibiliti 60fps untuk mengubah keseimbangan putih (white balance) selepas pengeluaran.
    • 4K 120p: Merakam gerakan perlahan dengan perincian ultra-tinggi

    Harga badan kamera sahaja sekitar RM26,288 dengan pakej 3 tahun jaminan secara percuma yang bernilai RM1,800 dan bateri yang berharga RM859. Anda boleh membuat pra-pesanan dengan peniaga yang diiktiraf.

    Canon EOS R3 bakal tiba di Malaysia pada bulan November ini. Sekiranya anda berminat, klik di sini untuk spesifikasi yang lebih terperinci. Beritahu di laman Facebook kami dan nantikan berita teknologi terkini melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...