More

    CAPCOM Pop-Up Store pertama di Malaysia kini dibuka dari 17 hingga 20 April 2025

    Buat pertama kalinya, CAPCOM Pop-Up Store dibuka di Malaysia yang membawa pelbagai barangan rasmi permainan video popular seperti Monster Hunter, Street Fighter, Mega Man dan Resident Evil. Acara ini berlangsung selama empat hari sahaja dari 17 hingga 20 April 2025 yang bertempat di LaLaport Bukit Bintang City Centre, Kuala Lumpur.

    Dianjurkan oleh JUSTDAN, kedai pop-up ini menawarkan barangan eksklusif yang biasanya hanya dijual di Jepun. Antara yang menjadi tumpuan termasuk patung maskot comel Capcoron seperti Amaterasu, Dante dan Mega Man serta figura Monster Hunter seperti Rathalos dan Nergigante.

    Turut dijual ialah barangan edisi ulang tahun Monster Hunter ke-20 termasuk patung Well-done Steak berwarna emas. Acara ini dijangka menarik ramai pengunjung dari seluruh negara. Untuk maklumat lanjut dan pengumuman terkini, ikuti @justdan_sea di Instagram.

    Jangan lepaskan peluang ini untuk merasai sendiri pengalaman CAPCOM yang unik dan menyeronokkan. Beritahu kami di Facebook jika anda bakal menghadirkan diri ke CAPCOM Pop-Up Store dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured