More

    Cara baru untuk muat turun Google Play Store di telefon HONOR dan HUAWEI ditemu, ini caranya!

    Selepas pelancaran siri HUAWEI Mate40 pada minggu yang lepas, kami tidak dapat sangkal lagi bahawa spesifikasinya agak menarik. Namun, pasaran global masih lagi prihatin terhadap isu perisiannya yang kekurangan Google Mobile Services (GMS) dan pengguna kasual tidak biasa dengan muat turun APK. Terkini, terdapat beberapa individu di XDA-Developers menemui cara untuk memuat turun GMS secara tidak rasmi.

    Cara pemasangan GMS secara tidak rasmi diberi nama Googlefier dan ahli senior di XDA telah memberi langkah-langkah untuk memuat turunnya. Dilaporkan, peranti HONOR juga boleh menggunakan cara ini dan anda tidak perlu menggunakan komputer untuk pemasangannya. Jika anda berminat, anda boleh memuat turun pautan APK disini dan menanggung sebarang risiko pemasangan sendiri (kami tidak bertanggungjawab). Anda perlu memberi keizinan (permission) kepada APK dan ikut cara di bawah.

    Langkah 1 dan 2
    Langkah 3 dan 4

    Menurut XDA, proses ini mengambil masa lebih kurang 5 hingga 7 minit, dan jika anda mengikuti arahan dengan betul, APK juga akan memuat turun beberapa perkhidmatan asas dan memberi arahan lain. Pengguna HUAWEI akan boleh memuat turun Google Play Store dan aplikasi Google yang lain. Googlefier boleh digunakan untuk P40 Pro dan MatePad Pro setakat ini. Perlu diingatkan bahawa ia tidak boleh digunakan pada sistem operasi EMUI 11.

    Jika anda merancang untuk undur kembali kepada keadaan asal peranti, Googlefier membenarkan anda berbuat demikian. Pastikan peranti anda ‘bersih’ sebelum anda mula memuat turun Googlefier (‘bersih’ = tiada aplikasi Google yang dimuat turun secara pihak ketiga) untuk proses pemasangan yang lancar.

    Adakah anda berminat untuk mencuba? Kami menasihati anda untuk melihat dan membaca dahulu risiko pemasangannya kerana anda pasti menyayangi peranti anda. Beritahu kami pandangan anda di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: XDA Developers

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured