More

    Cara-cara mencuba ciri baru Google Maps untuk melihat planet

    Aplikasi navigasi telah banyak didirikan pada masa kini. Google Maps masih digunakan lagi oleh sesetengah pengguna yang setia. Terkini, Google Maps memberi kejutan kepada peminat ruang angkasa dengan menambah ciri baru.

    Ciri baru ini membenarkan pengguna melihat beberapa planet. Pertama, anda perlu membuka laman web Google Maps melalui komputer anda. Pilih alih pemandangan peta biasa kepada pemandangan glob (globe) di sebelah kanan bahagian bawah. Zum keluar sehingga anda seperti telah keluar dari bumi. Kemudian, apabila glob lengkap bumi sudah kelihatan, klik di sebelah kiri bahagian bawah untuk menukar kepada pemandangan satelit. Zum keluar sehingga anda melihat bar di sebelah kanan yang membenarkan anda memilih planet untuk dilihat.

    Jika anda memilih mana-mana planet, terdapat animasi hyperspace seperti dalam filem Star Wars. Walau bagaimanapun, menurut BGR, penambahan ciri ini tidak diketahui tarikh permulaannya. Mungkin penambahan ciri ruang angkasa ini dilakukan bersama dengan pelancaran filem Star Wars: The Rise of Skywalker.

    Peminat Star Wars pasti menyukai ciri baru ini. Cuba sekarang dan beritahu kami pengalaman anda di laman Facebook. Teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BGR

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured