More

    Cara mengambil gambar Night Mode menggunakan siri iPhone 11 – Lihat gambar pemenang Shot on iPhone Night Mode Challenge

    Sebelum anda mengetahui panduan mudah untuk mengambil gambar menggunakan mod malam yang diberikan oleh Apple sendiri, pasti anda ingin melihat hasilnya terdahulu. Apple baru-baru ini telah mengadakan cabaran mengambil gambar ‘Shot on iPhone’ dengan menggunakan mod malam.

    Untuk pengetahuan anda, gambar yang memenangi cabaran ini telah disiarkan di laman Instagram Apple dan bakal dipamerkan melalui papan iklan di seluruh dunia! Pemenang cabaran ini sangat bertuah! Jom hiasi pemandangan anda dengan gambar-gambar di bawah.

    Konstantin Chalabov (Moscow, Russia), iPhone 11 Pro
    Mitsun Soni (Mumbai, Maharashtra, India), iPhone 11 Pro 
    Rubén P. Bescós (Pamplona, Navarra, Spain), iPhone 11 Pro Max
    Rustam Shagimordanov (Moscow, Russia), iPhone 11
    Yu “Eric” Zhang (Beijing, China), iPhone 11 Pro Max 
    Andrei Manuilov (Moscow, Russia), iPhone 11 Pro Max

    Inginkan gambar mod malam seperti ini? Apple menyatakan bahawa dengan sensor kamera lebar baru yang dilengkapi Fokus Piksel 100% dan perisian pintar, mod malam akan aktif secara automatik apabila anda berada dalam suasana dengan pencahayaan rendah. Jika ikon mod malam berwarna kuning kelihatan, itu bermakna anda sedang merakam dengan mod malam.

    Anda boleh mengubah suai gelongsoran (slider) untuk memanjangkan masa mengambil gambar dengan hanya klik pada ikon mod malam. Untuk dedahan cahaya (exposure) yang lebih banyak, cuba sokong iPhone anda dengan sesuatu seperti tripod untuk masa mengambil gambar yang lebih panjang. Ini memungkinkan anda mendapat gambar mod malam yang luar biasa!

    Sudahkah anda mencuba? Kongsikan gambar atau pengalaman anda di laman Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...