More

    Cara menggunakan AI Generatif dengan betul untuk menyelesaikan tugasan

    Nampaknya AI Generatif semakin meluas di Malaysia terutamanya dalam pendidikan. Hal ini kerana terdapat pelajar di institut pengajian tinggi di Malaysia yang menyerahkan tugasan yang ditulis sepenuhnya oleh AI Generatif. Masalah yang timbul daripada langkah ini adalah apabila pelajar tersebut hanya menyalin dan tampal bulat-bulat hasil daripada AI Generatif .

    Walaupun tindakan ini tidak beretika, tetapi kita perlu lihat daripada perspektif yang berbeza kerana AI Generatif sebenarnya mampu untuk menolong manusia dalam menyiapkan kerja sekolah, tugasan harian dan memberikan idea daripada gesaan pengguna. Namun, dalam masa yang sama, pengguna perlu menyebut setiap butiran dalam gesaan seperti memberi arahan kepada manusia.

    Oleh itu, kami telah membuat panduan praktikal tentang cara menggunakan AI Generatif untuk penulisan dengan betul berdasarkan garis panduan kami sendiri di TechNave.

    Selepas menulis gesaan, apa yang perlu anda buat?

    Baca hasil yang anda dapat sendiri sekurang-kurangnya sekali. Pastikan anda mempunyai senarai semak soalan kepada diri sendiri termasuk:

    • Adakah ia logik? Adakah ia masuk akal?
    • Adakah ia beretika? Adakah ia mengikut piawaian manusia dari segi undang-undang dan moral?
    • Adakah ia dangkal? Adakah nada itu sesuai dengan tema keseluruhan? Adakah penulisannya nampak semula jadi?

    Jika anda tahu apa yang salah, tambah sentuhan manusia

    Apabila anda membaca hasil AI Generatif berulang kali, anda boleh menentukan ayat yang mana tidak sesuai dan digantikan dengan ayat anda sendiri. Satu kaedah memperhalusi artikel yang diterima daripada gesaan ialah menggantikan sendiri perkataan yang selari dengan tema dan gaya artikel.

    AI Generatif juga cenderung untuk membuat sesuatu secara berlebihan atau “berhalusinasi” apabila ia tidak mengetahui sesuatu atau tidak jelas mengenainya (atau anda terlupa untuk menyebutnya). Ini boleh menjadi masalah sebenar kerana kadangkala AI generatif akan menulis sesuatu yang dangkal atau sesuatu yang tidak berkaitan dengan keseluruhan artikel.

    Apabila anda membaca dan menyemak artikel anda, peluang untuk menangkap “halusinasi” AI generatif ini adalah lebih tinggi. Selain itu, jika anda tidak menyemak dan menyunting kerja anda, kemungkinan besar anda akan gagal atau mendapat markah yang agak rendah.

    Kesimpulan – Ekspresikan diri anda dengan betul

    Menulis sentiasa mengenai ekspresi diri dan cara kita. Cara kita berkomunikasi selalunya dinyatakan dalam cara kita menulis. Walaupun AI Generatif muncul sebagai alat yang berkuasa untuk menulis, ia tidak menarik jika anda tidak menambah sentuhan peribadi. Hal ini kerana penulisan tersebut akan kehilangan keunikan dan membuatkan pembaca kurang seronok.

    "
    "

    Tiada guna jika anda hanya menggunakan gesaan tetapi tidak mempunyai sentuhan peribadi ini. Tambahan, ramai pemeriksa kini menyemak dan mencari tugasan yang ditulis semula daripada AI generatif. Ini bukan sahaja meningkatkan peluang untuk dituduh plagiarisme tetapi juga berkemungkinan besar anda akan menerima markah yang agak sederhana.

    Kami tidak mengatakan bahawa anda tidak sepatutnya menggunakan AI generatif untuk memudahkan kerja anda. Tetapi menjadikannya lebih baik dan lebih peribadi adalah kunci untuk mendapatkan markah tinggi yang anda perlukan untuk menyelesaikan tugasan.

    Dengan memberikan gesaan yang jelas, semakan fakta, memahami konteks, mengulang draf dan mengekalkan pengawasan manusia, penulis boleh meningkatkan kerja mereka dengan AI sambil memastikan ia kekal logik, beretika serta menarik.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Diterjemah daripada TechNave En

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...