More

    Ini panduan mudah main ‘game’ tengah ‘trending’ Among Us

    Game telefon pintar terhangat waktu kini, Among Us telah menjadi perbualan ramai orang tidak kira peringkat umur. Kami percaya kawan-kawan anda pasti sudah mula bermain game ini. Jika anda masih belum lagi faham cara untuk bermain game Among Us, ini adalah panduan mudah yang boleh digunakan oleh anda semua.

    Pengenalan game

    Senario game Among Us ini berlaku di dalam sebuah kapal angkasa dan game ini dibahagikan kepada dua kem iaitu kem anak kapal dan juga kem penyamar. Kem anak kapal perlu selesaikan tugas pembinaan kapal angkasa atau campakkan semua penyamar ke lubang udara dengan cara mengundi.

    Bilangan orang untuk kem anak kapal dan penyamar akan disetkan oleh tuan rumah dan bilangan penyamar dihadkan sehingga 3 orang sahaja. Sewaktu bermain game ini, apabila bilangan penyamar sama dengan bilangan anak kapal, kem penyamar akan menang game ini. Jadi, had bilangan maksimum penyamar adalah 3 orang sahaja supaya kem anak kapal akan mempunyai peluang yang lebih adil untuk menang.

    Kem dalam game

    • Kem anak kapal : Dua cara untuk menang game ini adalah dengan selesaikan semua tugas pembinaan kapal angkasa atau keluarkan semua penyamar dengan cara mengundi. Setiap tugas anak kapal akan berbeza sedikit, jadi mereka perlu bekerjasama untuk selesaikan tugasan tersebut. Anda boleh ikut arahan yang ada pada peta kawasan.
    • Kem penyamar : Penyamar juga ada dua cara untuk menang game ini. Cara pertama ialah dengan hancurkan semua komponen penting kapal angkasa pada misi masa terhad. Jika anak kapal tidak berjaya selesaikan tugas pembinaan pada waktu yang ditetapkan, penyamar akan menang. Satu lagi cara untuk menang ialah dengan membunuh anak kapal sehingga bilangan mereka sama seperti bilangan penyamar.

    Sesi Perbincangan

    Di dalam game ini, jika seseorang melaporkan bahawa sebuah mayat telah dijumpai, semua orang perlu memasuki sesi perbincangan untuk mencari dalang yang melakukan pembunuhan tersebut dengan cara mengundi. Jika anda menerima bilangan undi yang paling tinggi, anda akan dicampak keluar dari kapal angkasa. Tambahan lagi, anda juga boleh tekan butang kecemasan untuk paksa masuk ke sesi perbincangan. Butang kecemasan ini hanya boleh digunakan beberapa kali sahaja untuk setiap game.

    Undian boleh ditugaskan kepada pemain tertentu berdasarkan perbincangan ataupun ia boleh dilangkau (skip) apabila keadaan tidak menentu. Dalam sesi undian ini, hanya dua situasi sahaja akan berlaku. Pertama, pemain yang mendapat undian yang tertinggi akan dicampak keluar dari kapal angkasa. Kedua, semua pemain akan selamat pada sesi undian itu jika majoriti ingin melangkau sesi tersebut.

    Inilah sahaja panduan yang mudah untuk game Among Us yang tengah hangat ini. Semoga panduan ini akan membantu anda untuk mula bermain game ini.

    Ikuti kami di Facebook dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita game terkini.

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...