More

    Cara semak status permohonan Pengeluaran Khas 2022 KWSP sebanyak RM10 ribu

    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah berkongsi butiran lanjut mengenai status permohonan Pengeluaran Khas 2022 yang sudah boleh disemak sejak Sabtu lalu, 9 April 2022. Anda boleh membuat permohonan sehingga 30 April ini bagi mereka yang masih belum memohon.

    Anda boleh menyemak status permohonan anda melalui pautan di sini. Untuk menyemak status permohonan, pergi ke halaman utama permohonan Pengeluaran Khas KWSP 2022 dan pilih ‘Teruskan’. Kemudian, pilih ‘Semak Status Permohonan’ di sebelah kanan.

    Seterusnya, isikan nombor MyKad/MyPR atau Pasport/MyKAS anda bersama nombor telefon bimbit yang berdaftar dengan KWSP. Lengkapkan pengesahan keselamatan CAPTCHA dan pilih ‘Status Semak’. Anda kemudian akan mendapat satu daripada dua keputusan sama ada ‘Permohonan Anda Telah Diterima’ atau ‘Permohonan Anda Tiada Dalam Rekod’.

    Jika anda menerima keputusan pertama, ini bermakna permohonan Pengeluaran Khas 2022 anda diterima bersama jumlah yang dipohon, sedang disemak dan akan diproses secara berperingkat. Pembayaran kemudiannya akan dibuat mulai 20 April 2022 ini.

    Sementara itu, sekiranya anda menerima keputusan kedua, KWSP meminta anda menyemak semula butiran yang digunakan untuk log masuk dan pastikan butiran sepadan dengan butiran dimasukkan semasa memohon Pengeluaran Khas 2022.

    Sekiranya masih menghadapi isu permohonan tiada dalam rekod KWSP, undang-undang meminta anda menghubungi talian hotline Pengeluaran Khas 2022 di 03-89224848 (hari dan waktu bekerja sahaja).

    Selain itu, KWSP juga menjelaskan bahawa mereka yang memasukkan butiran akaun bank mereka secara salah semasa permohonan tidak akan dapat meminda permohonan mereka. Sebaliknya, pembayaran akan dibuat melalui Cek Jurubank. Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Facebook KWSP

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured