More

    Carl Pei dedahkan kabel lutsinar baharu untuk Nothing Phone (2)

    Carl Pei yang terkenal dengan inovasi yang sering mendapat perhatian telah melakukan kejutan sekali lagi dengan pengeluaran produk baharunya iaitu kabel dengan sambungan lut sinar. Sebelum ini, hanya Nothing Phone (1) sahaja yang hadir dengan kemasan lut sinar tetapi kabel pengecasan adalah standard.

    Kini, Carl Pei itu telah mendedahkan reka bentuk kabel baharu untuk Phone (2) yang akan datang. Kabel tersebut masih berwarna putih tetapi kedua-dua bahagian penyambung USB-C mempunyai kemasan lutsinar dengan logo Nothing terukir padanya. Terdapat juga barisan enam bulatan masih tidak jelas tentang fungsinya dan ia mungkin LED.

    Reka bentuk baharu ini lebih sejajar dengan estetik tanda dagangan syarikat Nothing. Nothing Phone (2) akan diumumkan pada 11 Julai ini dan disahkan bahawa telefon pintar itu akan dilengkapi dengan cipset Snapdragon 8+ Gen 1, paparan AMOLED 6.67 inci serta bateri 4,700mAh.

    Nothing Phone (2) juga akan menerima 3 kemas kini perisian sistem dan 4 tahun kemas kini keselamatan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...