More

    Carl Pei dedahkan tangkapan skrin utama Nothing Phone 2

    Nothing Phone 1 telah menjadi fenomena ketika pelancaran kerana reka bentukya yang lut sinar. Kini, Ketua Pegawai Eksekutif Nothing, Carl Pei telah berkongsi maklumat baharu menerusi tweetnya yang mendedahkan gambaran keseluruhan visual skrin utama Nothing OS 2.0.

    Menurut sumber, ini mungkin gambaran pertama tentang Nothing OS 2.0 iaitu perisian yang dijangka akan mula diperkenalkan pada Phone 2 bulan hadapan. Pengarah Kreatif Perisian Nothing, Mladen Hoyss berkata bahawa pasukan mereka menghasilkan versi 2.0 NothingOS dan dibina daripada awal.

    Tangkapan skrin ini juga memberikan maklumat penting tentang kamera swafoto Phone 2. Memandangkan jam terletak di bahagian atas sebelah kiri skrin utama, ia mungkin menggunakan kamera berpusat.

    Masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan sebenar mengenai Nothing OS 2.0 maklumat yang dikongsikan adalah terhad. Namun, berdasarkan kenyataan pasukan perisian Nothing sendiri, mungkin terdapat perubahan tambahan yang datang kepada sistem pengendalian baharu itu.

    Nothing Phone 1 menerima kemas kini NothingOS 1.5 berasaskan Android 13 pada bulan Februari yang memperkenalkan aplikasi cuaca baharu dan beberapa perubahan visual yang lain. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Android Police

     

    Artikel Terkini

    Lepas 10 tahun guna logo sama, Instagram akhirnya buat perubahan besar

    Instagram secara rasmi memperkenalkan reka bentuk logo teks (wordmark) baharu yang memaparkan nama platform tersebut pada bahagian atas aplikasi. Penukaran ini merupakan...

    nubia A77 5G tiba di Malaysia dengan Unisoc T8300 Ultimate dan skrin 120Hz berharga...

    nubia secara rasmi melancarkan peranti kelas pertengahan baharu iaitu nubia A77 5G untuk pasaran tempatan. Telefon pintar ini dibangunkan sebagai pilihan peranti...

    Google Pixel Watch 5 dan Pixel Tag dilancar dengan harga bermula RM139

    Google secara rasmi melancarkan jam pintar Pixel Watch 5 dan peranti penjejak pintar pertama mereka, Pixel Tag. Pixel Watch 5 hadir dalam...

    Google Pixel 11 Pro Fold turut rasmi dengan dengan cip Tensor G6 dan IP68...

    Selain siri Pixel 11 standard, Google turut mengumumkan telefon pintar boleh lipat baharu Pixel 11 Pro Fold untuk pasaran Malaysia. Peranti ini...

    Google Pixel 11 rasmi di Malaysia dengan cip Tensor G6 dan lampu HiLight LED...

    Google secara rasmi melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di Malaysia yang merangkumi Pixel 11, Pixel 11 Pro dan Pixel 11 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured