More

    Carl Pei jelaskan berita tentang Nothing Phone (1) Lite adalah palsu

    Sebelum ini, terdapat khabar angin mengenai Nothing Phone (1) Lite akan dikeluarkan tidak lama lagi. Walau bagaimanapun, jenama Nothing menafikan berita tersebut seperti yang dinyatakan oleh Carl Pei di akaun Twitternya sebagai “Berita palsu”.

    Ketua Pegawai Eksekutif, Carl Pei telah tweet semula mengenai khabar angin daripada Android Police mengatakan bahawa mungkin terdapat versi Lite dalam pembangunan. Berita tersebut telah dinafikan pada hari yang sama tetapi sehingga kini, saluran berita media lain masih bercakap mengenainya. Khabar angin itu dipercayai berasal dari India.

    Pada mulanya, khabar angin mengenai Nothing Phone (1) Lite adalah varian tanpa pencahayaan Glyph, cipset kurang berkuasa berbanding Snapdragon 778G+ dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 42W. 

    Nothing Phone (1) telah pun dikeluarkan di Malaysia pada 1 Ogos 2022 daripada harga bermula RM2,399 untuk model 8GB + 256GB. Terdapat juga varian lain – 12GB + 256GB berharga RM2,699.

    Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured