More

    CarPlay bakal sokong tontonan video, hanya ketika kenderaan diparkir

    Apple dijangka akan membolehkan penstriman video di platform CarPlay menerusi kemas kini iOS 26 yang akan datang. Buat masa ini, pengguna tidak boleh menonton video YouTube atau kandungan lain melalui skrin infotainmen kereta yang menggunakan CarPlay. Ini merupakan langkah yang diambil bagi mengurangkan gangguan semasa pemanduan.

    Namun, dengan iOS 26, Apple berkemungkinan akan mengikuti jejak pesaing seperti Tesla dan beberapa kenderaan berasaskan Android yang telah pun menyokong penstriman video serta permainan video ketika kenderaan diparkir. Seperti sistem lain, fungsi ini hanya akan diaktifkan apabila kenderaan berada dalam keadaan statik.

    Walau bagaimanapun, pelaksanaannya dijangka mengambil sedikit masa sebelum dapat digunakan secara meluas. Hal ini kerana pembangun aplikasi perlu menambah sokongan AirPlay video untuk CarPlay, di samping pengeluar kenderaan yang perlu menyertakan fungsi tersebut dalam sistem infotainmen masing-masing.

    Beberapa pengeluar dilaporkan masih berhati-hati dan memerlukan jaminan bahawa penstriman video hanya boleh diakses apabila kenderaan diparkir sepenuhnya bagi memastikan keselamatan pengguna. Ciri ini dijangka akan dilancarkan secara berperingkat.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami tentang berita ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Apple

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured