More

    ‘Casing’ siri HUAWEI Mate40 tunjuk susunan kamera unik

    Siri terbaru HUAWEI Mate40 dikatakan bakal diumum sekitar 22 Oktober 2020 ini. Dilaporkan, peranti ini mungkin hadir dengan spesifikasi janaan cipset Kirin 9000 (mungkin Kirin terakhir) dan cas pantas 66W. Kini, terdapat sumber yang mendedahkan gambar kerangka (casing) siri HUAWEI Mate40.

    Yang menarik perhatian bukanlah corak anime kegemaran anda (dan kami juga), tetapi susunan kamera yang sangat unik, tidak pernah muncul pada telefon pintar lain sebelum ini. Ia mengaplikasikan rekaan bulat, tetapi dengan susunan lensa-lensa tidak seperti siri HUAWEI Mate30 yang lepas.

    Lensa petak dikatakan adalah lensa periskop/telefoto, di sebelah kiri (arah pukul 9) adalah lampu kilat LED dan tiga lagi sensor kamera di bawah.

    Sepintas lalu, siri HUAWEI Mate40 mungkin hadir dengan Kirin 9000, cas pantas 66W, dua kamera swafoto, paparan air terjun AMOLED dan bateri berkapasiti besar yang menyokong cas pantas berbalik wayarles (reverse wireless charging).

    Apakah pandangan anda mengenai rekaan ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Anda boleh menyemak artikel lepas mengenai ramalan harga siri HUAWEI Mate40.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured