More

    Casio G-Squad Pro GSW-H1000 dilancar : Jam tangan Casio pertama gunakan WearOS, harga ~ RM2,899

    Jenama Casio sudah lama sebati dalam minda orang ramai di Malaysia ini terutamanya jam tangan siri G-Shock mereka. Terbaru, Casio telah melancarkan jam tangan pintar pertama mereka yang menggunakan sistem operasi WearOS iaitu Casio G-Squad Pro GSW-H1000.

    Casio GSW-H1000 ini adalah salah satu dari siri G-Shock. Walaupun ianya adalah jam tangan pintar, ia masih mengekalkan reka bentuk G-Shock asli yang tahan lasak. Badan jam tangan pintar ini diperbuat daripada karbida dan belakangnya pula diperbuat daripada aloi titanium. Ia juga mampu bertahan di bawah air sedalam 200m dan 20bar.

    Untuk spesifikasinya, ia menggunakan sistem operasi WearOS yang menyokong Google Assistant. Selain itu, ia hadir dengan skrin 1.2 inci yang mempunyai dua lapisan berbeza.

    Casio GSW-H1000 ini juga menyokong GPS, kompas, pengesanan kadar degupan jantung, pengesanan tidur, 15 mod aktiviti luar dan 24 mod sukan dalam rumah.

    Bateri jam tangan ini mampu bertahan selama sebulan jika anda menggunakan paparan hitam putih dan sensor pengesanan sahaja. Manakala jika anda menggunakan paparan berwarna, baterinya mampu bertahan selama 1 hari lebih sahaja.

    Casio GSW-H1000 dijual pada tanda harga $699 (~RM2,899) dan ditawarkan dengan tiga warna berbeza iaitu merah, biru gelap dan hitam.

    Buat masa ini, tiada lagi berita mengenai kehadirannya ke pasaran Malaysia. Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : GSMArena

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO A7 Pro diumum di Malaysia dengan bateri 10,000mAh, cas pantas 80W dan...

    OPPO melancarkan dua model peranti baharu untuk pasaran tempatan iaitu OPPO A7 Pro 5G dan OPPO A7 Pro Max 5G yang memfokuskan...

    Laptop boleh jadi PC gaming? UGREEN lancar LinkStation Pro dengan kuasa 850W

    UGREEN memperkenalkan dok kad grafik luaran (eGPU) baharu iaitu UGREEN LinkStation Pro yang menggunakan teknologi sambungan Thunderbolt 5. Kelajuan pemindahan data yang...

    KDN kini ada ‘Menteri AI’ untuk jawab soalan rakyat, sokong 12 bahasa

    Kementerian Dalam Negeri (KDN) melancarkan inisiatif AI Digital Human sebagai saluran interaktif baharu berasaskan teknologi kecerdasan buatan bagi mengendalikan soalan dan soalan...

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured