More

    Catcha Digital catat untung 128 peratus hasil ambil alih syarikat media Malaysia

    Catcha Digital Berhad mencatatkan prestasi kewangan paling kukuh setakat ini apabila merekodkan pertumbuhan keuntungan sebanyak 128% bagi suku pertama tahun kewangan 2026 (Q1 FY2026) didorong oleh strategi pengambilalihan agresif syarikat itu sejak tahun lalu. Berdasarkan laporan, Catcha Digital merekodkan pendapatan RM26.27 juta bagi Q1 FY2026, meningkat 177% berbanding tempoh sama tahun lalu.

    Mereka turut mencatatkan adjusted EBITDA sebanyak RM5.73 juta iaitu peningkatan 215% tahun ke tahun manakala adjusted PATAMI pula meningkat kepada RM2.85 juta. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Catcha Digital, Eric Tan, prestasi tersebut dipacu oleh syarikat-syarikat yang diambil alih sepanjang 2025 yang kini mula menyumbang secara penuh kepada pertumbuhan kumpulan.

    Catcha Digital kini memberi fokus kepada tiga segmen utama iaitu digital media, B2B expo dan IT solutions. Segmen digital media kekal menjadi penyumbang terbesar apabila menjana RM25.64 juta hasil pendapatan bagi Q1 FY2026. Catcha Digital kini memiliki portfolio media digital yang semakin besar termasuk WeirdKaya, Goody25, BeautifulNara, OhMedia, Mekanika, Careta serta TechNave.

    Selain media digital, Catcha Digital turut mengembangkan perniagaan expo menerusi pengambilalihan ExpoCO Sdn Bhd, penganjur Malaysian International Food & Beverage Trade Fair (MIFB). Pengambilalihan tersebut menjadikan Catcha Digital kini mempunyai tiga expo utama iaitu Agri Malaysia, MBAM OneBuild dan MIFB.

    Pengerusi Catcha Digital, Patrick Grove berkata mereka kini berada dalam kedudukan kukuh untuk meneruskan strategi acquisition selepas melengkapkan lapan pengambilalihan dalam tempoh 15 bulan. Setakat 31 Mac 2026, Catcha Digital memiliki tunai dan setara tunai sebanyak RM24.4 juta selain kemudahan kredit pusingan RM35 juta.

    Namun, laporan tersebut juga menunjukkan keuntungan statutori sebenar syarikat masih mencatatkan kerugian RM1.16 juta untuk suku tersebut. Catcha Digital menjelaskan angka adjusted profit digunakan selepas mengambil kira kos pengambilalihan, kos pembiayaan serta pelbagai pelarasan bukan tunai berkaitan aktiviti M&A.

    Catcha Digital dilihat semakin agresif membina kedudukan sebagai kumpulan pelaburan digital dan media berskala besar di Malaysia menerusi gabungan media, expo dan penyelesaian IT di bawah satu ekosistem perniagaan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured