More

    Caviar reka iPhone 12 istimewa dengan bahagian asal dari komputer Apple 1, bermula ~RM20,793

    Penghasilkan komputer Apple yang pertama iaitu Apple I telah dihentikan pada 30 September 1977 iaitu 43 tahun yang lalu. Kini, jenama premium terkenal, Caviar telah membuat keputusan untuk raikan momen ini dengan edisi istimewa iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max yang bakal datang tidak lama lagi.

    Mereka akan menawarkan dua jenis rekaan istimewa iPhone 12 ini. Rekaan yang pertama diberi nama Apple 1 hadir dengan ‘skrin’ titanium yang bertulis “Hello, World” dan sebahagian dari papan ibu (motherboard) asli dari Apple 1 pada panel belakangnya. Bahan panel belakangnya adalah kayu dengan tulisan tangan “Apple” berdasarkan ukiran asli komputer Apple 1.

    Manakala untuk rekaan yang sedikit lebih murah, iaitu Apple 1 Light, ia juga masih menggunakan panel belakang kayu, cuma tulisan ‘Apple’ dilihat lebih besar dari Apple 1. Cebisan hijau kecil yang ada di bahagian belakangnya juga adalah dari motherboard Apple 1 asli.

    Apple 1 bakal dijual pada harga $10,000 (~RM41,585) dan Apple 1 Light pada harga $5,000 (~RM20,793). Untuk bilangan unit pula, Apple 1 Light ini akan dihasilkan sebanyak 49 unit manakala Apple 1 sebanyak 9 unit sahaja.

    Adakah anda salah satu pembeli iPhone 12 dari Caviar ini? Kongsikan dengan kami di Facebook dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : GSMArena

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...