More

    Caviar Stealth 2.0 untuk siri iPhone 13 Pro, miliki ciri kalis peluru berharga ~RM27,000

    Lebih setahun yang lalu, jenama mewah Caviar mempamerkan versi ubah suai bagi siri iPhone 12 yang mengalih keluar semua modul kamera (depan dan belakang) untuk pengguna yang mementingkan privasi. Kini, jenama itu sudah bersedia dengan versi 2.0 yang turut menambah perisai kalis peluru kelas 2 BR-2 yang dibuat oleh NPO TCIT iaitu jenama yang pakar dalam kenderaan perisai dan helikopter tempur.

    Stealth 2.0 iPhone 13 Pro/ Pro Max diiklankan sebagai cukup kuat untuk menahan tembakan pistol seperti yang ditunjukkan oleh video di bawah dan kekal boleh digunakan selepas itu. Kaviar juga mempunyai versi yang diperbuat daripada titanium berimpak tinggi yang juga dikhabarkan dapat menahan tembakan pistol dan mempunyai keempat-empat sensor kamera yang utuh.

    Seperti model siri Stealth sebelum ini, hanya 99 unit akan dihasilkan. Anda boleh memilih antara iPhone 13 Pro atau Pro Max dengan storan 128GB atau sehingga 1TB. Versi paling berpatutan ialah $6,370 (~RM27,000) manakala barisan teratas 13 Pro Max dengan storan 1TB ialah $7,980 (~RM33,750). Perlu diingat bahawa telefon ini hanya kalis sehingga dua peluru sahaja.

    Adakah anda bakal membeli peranti ini sekiranya anda mampu? Berikan komen di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    vivo OriginOS 7 dilancar dengan prestasi lancar hingga 72 bulan!

    vivo secara rasmi memperkenalkan sistem operasi OriginOS 7 yang direka untuk mengekalkan prestasi lancar menerusi ujian anti-penuaan makmal selama 72 bulan. Sistem...

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured