More

    Celcom akan menamatkan perkhidmatan 3G pada akhir tahun ini

    Hari ini, Celcom telah mengeluarkan laporan perniagaan untuk suku keempat (Q4) 2020 di mana satu maklumat menarik dalam laporan itu adalah keputusan Celcom untuk menamatkan rangkaian 3G sepenuhnya pada akhir 2021.

    CEO Celcom Idham Nawawi mengatakan syarikat itu akan menamatkan rangkaian 3G kerana kepentingan untuk menyediakan rangkaian yang lebih konsisten di seluruh negara. Setakat ini, mereka menyatakan masih terdapat 800,000 orang pengguna 3G dalam rangkaian Celcom dan Idham mengatakan pengguna boleh berpindah ke 4G dengan menggunakan telefon yang menyokong rangkaian tersebut.

    Beliau juga berkata Celcom sedang meningkatkan pelaburan rangkaian untuk 2021 dan akan fokus pada meluaskan rangkaian 4G LTE sehingga 95.6% untuk pengalaman internet dan VoLTE yang lebih lancar. Pelaburan itu kini berada dalam fasa terakhir dan telah mengurangkan kesesakan dalam trafik internet.

    Mereka juga merekod lebih 50% dalam peningkatan trafik data, dengan 431 juta GB berbanding 287 juta GB pada Q4 2019. Penggunaan data setiap bulan juga meningkat sebanyak 40% tahun-ke-tahun (YoY) dengan 20.8GB setiap bulan bagi setiap pengguna, berbanding 14.6GB sebelum ini.

    Celcom telah melihat peningkatan positif suku-ke-suku (QoQ) dalam bilangan pelanggan, pendapatan, kos, keuntungan dan syer pasaran. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...