More

    Celcom ambil tindakan dan siasat penjual yang daftar SIM guna maklumat palsu

    Semalam, Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan 15 kompaun berjumlah RM70,000 terhadap beberapa syarikat telekomunikasi di Malaysia, atas kesalahan pendaftaran SIM prabayar palsu. Sehubungan dengan itu, Celcom kini telah mengambil tindakan yang sewajarnya.

    Menurut Celcom melalui kenyataan media rasmi hari ini, pihak mereka telah mengambil tindakan menyekat pengedar/penjual yang tidak bertanggungjawab ini dan akan menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut.

    Selari dengan peraturan dan panduan oleh SKMM, Celcom mempunyai polisi tersendiri terhadap lebih 10,000 pengedar pihak ketiga di seluruh negara untuk meningkatkan kesedaran dan patuh mengamalkan garis panduan. Celcom mengambil berat tentang perkara ini dan berusaha untuk memenuhi garis panduan, polisi dan peraturan yang ditetapkan oleh SKMM untuk pendaftaran SIM prabayar.

    Adakah anda pernah menggunakan SIM prabayar dengan pendaftaran maklumat palsu? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured