More

    Celcom dan Unifi Mobile didenda oleh SKMM kerana gagal capai standard yang ditetapkan

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membuka 20 kertas siasatan ke atas syarikat perkhidmatan mudah alih selepas menerima hasil aktiviti audit pengukuran kualiti perkhidmatan yang dijalankan di seluruh negara.

    Buat masa ini, SKMM telah mengenakan kompaun terhadap dua pembekal perkhidmatan yang gagal mencapai piawaian perkhidmatan yang telah ditetapkan iaitu Celcom dan Unifi Mobile. Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin, satu kompaun membabitkan sebanyak RM60,000, manakala satu lagi berjumlah RM20,000.

    Celcom dikenakan kompaun tersebut kerana gagal mencapai piawaian perkhidmatan di Sabah, manakala Unifi Mobile pula gagal mencapai piawaian di Melaka dan Pahang.

    Datuk Zahidi memberi kenyataan tersebut sewaktu sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat semalam. Dalam pada itu, beliau mengatakan sebanyak 1,466 stesen pemancar 3G sedia ada sudah dinaik taraf kepada 4G setakat 25 Januari lalu.

    Proses penaiktarafan stesen pemancar 3G kepada 4G akan disegerakan pada tahun ini dengan menggunakan spektrum sedia ada. Selain itu, rangkaian teras sedia ada akan dinaik taraf kepada gentian optik bagi menampung kapasiti radio yang lebih tinggi dalam perkhidmatan 4G.

    Selain itu, melalui Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), 2,175 menara baharu akan dibina bagi meluaskan liputan 4G di kawasan luar bandar dan pedalaman. Setakat suku keempat 2021, sebanyak 148 menara telah siap dilaksanakan.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Berita Harian

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured