More

    Celcom diiktiraf sebagai rangkaian mudah alih terbaik di Malaysia pada 2021

    Syarikat penilaian rangkaian internet dari Amerika Syarikat (AS), Ookla, telah mengiktiraf Celcom Axiata Berhad sebagai penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terbaik di Malaysia. Dalam anugerah Ookla Speedtest Awards Q3-Q4 2021, Celcom memenangi kategori Rangkaian Mudah Alih Terbaik di Malaysia.

    Berdasarkan laporan daripada Ookla, Celcom berjaya memperoleh skor purata sebanyak 787 dalam kategori Rangkaian Mudah Alih Terbaik, dengan 142 juta imbasan meliputi lebih 356,000 lokasi di seluruh negara. Ini bermaksud Celcom berjaya menyediakan liputan di seluruh kawasan Malaysia sebanyak 93.2% untuk rangkaian 4G dan 99.7% untuk rangkaian umum.

    Datuk Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Celcom Axiata Berhad (kiri) menerima anugerah Rangkaian Mudah Alih Terbaik daripada CEO Ookla, Doug Suttles, dalam acara Mobile World Congress 2022 di Barcelona, Sepanyol

    Celcom berkata ini merupakan bukti kepada usaha Celcom yang telah membelanjakan RM825 juta untuk menambah baik rangkaiannya sepanjang 2021, dengan 9,500 tapak yang telah dioptimumkan untuk liputan 4G di seluruh negara. Keutamaan juga telah diberi kepada tujuh negeri iaitu Sabah, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Negeri Sembilan dan Kedah.

    Selain itu, Celcom juga telah dinobatkan oleh firma penyelidikan pasaran Ipsos Sdn Bhd sebagai syarikat telekomunikasi yang paling dipercayai dalam negara.

    Beritahu kami di Facebook jika anda merupakan pengguna Celcom dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured