More

    Celcom perkenalkan Pasang Terus, pelan pemasangan internet pada hari yang sama di Sabah

    Dalam usaha untuk menambah baik kesalinghubungan digital di Sabah, Celcom telah memperkenalkan Pasang Terus iaitu inisiatif yang membenarkan pelanggan untuk mendapat pemasangan internet Celcom Home Fibre pada hari sama dengan pendaftarannya.

    Melalui inisiatif ini, trak Bluecube Celcom akan meninjau seluruh kawasan perumahan bagi membolehkan pelanggan yang berminat untuk mendaftar dengan pelan Celcom Home Fibre dan pelan konvergen, di mana pemasangan internet dapat dibuat pada hari yang sama.

    Celcom Home Fibre menawarkan internet berkelajuan tinggi tanpa had sehingga 1Gbps di beberapa kawasa terpilih di Sabah, pada harga RM229 sebulan. Pelan itu juga menawarkan kelajuan 200Mbps pada harga RM120 sebulan.

    Semua pelan Celcom Home Fibre akan disertakan bersama Router AX dan Wi-Fi Mesh percuma serta twaran rebat bil sehingga tiga bulan untuk pelan terpilih. Selain itu, semua pelan Celcom Home Fibre boleh digabungkan dengan pelan pascabayar mudah alih Celcom Xpax dengan harga bermula RM119.

    Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha Celcom yang telah pun memperuntukkan lebih daripada RM200 juta bagi kerja penambahbaikan rangkaian di Sabah dan Sarawak pada tahun ini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda rakyat Sabah yang berminat dengan pelan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured