More

    Celcom rancang tawarkan rangkaian 5G kepada pengguna bermula September 2022

    Jika anda merupakan salah seorang pelanggan Celcom yang ingin melayari internet pantas dalam rangkaian 5G, anda mungkin boleh berbuat demikian seawal bulan hadapan. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Celcom, Datuk Mohamad Idham Nawawi, berkata mereka merancang untuk membuka akses percubaan untuk rangkaian 5G kepada orang awam bermula bulan September ini.

    Buat masa ini, Celcom telah pun disepadukan dengan lebih 1,000 tapak telekomunikasi di seluruh negara yang menyediakan hubungan 5G pantas. Selain itu, mereka sudah memulakan percubaan 5G dalam kalangan kakitangannya di Kuala Lumpur.

    Oleh yang demikian, beliau berkata jika tiada rintangan yang menghalang, Celcom akan menjemput para pelanggan untuk menguji rangkaian 5G bermula bulan September. Kenyataan ini dibuat sewaktu beliau menghadiri acara Celcom Business Tech Week 2022 dan pelancaran Axiata Group Bhd Cyber Fusion Centre. 

    Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) Tan Sri Annuar Musa berkata perbincangan mengenai urus niaga di antara Digital Nasional Berhad (DNB) dengan enam syarikat telekomunikasi sedang berjalan lancar dan akan dipersetejui pada 31 Ogos ini.

    Celcom mungkin akan terus menyediakan ujian 5G kepada para pelanggan sebaik sahaja kepentingannya dalam DNB sudah dipersetujui. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menggunakan 5G Celcom kelak dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Vibes

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...