More

    Celcom tambah dua pelan Home Fibre baharu: 500Mbps dan 300Mbps bermula RM119

    Selain dari naik taraf hotspot dan kelajuan internet pada pelan Celcom Unlimited secara percuma, Celcom kini mengumumkan dua pelan Celcom Home Fibre yang baharu. Sebelum ini, pelan Home Fibre hanya sehingga 100Mbps, tetapi kini dengan tambahan sehingga 500Mbps.

    Selain pelan baru 500Mbps, terdapat juga pelan 300Mbps. Kedua-dua pelan menawarkan kuota data internet tanpa had. Perbezaan harga di antara dua pelan ini agak jauh di mana harga pelancaran untuk 500Mbps ialah RM179, manakala harga pelancaran untuk 300Mbps ialah RM119. Celcom turut memberi potongan harga RM21 untuk tiga bulan pertama.

    Sebagai maklumat tambahan, pelan 100Mbps kini mendapat potongan harga baharu iaitu RM120 (harga asal RM129). Dengan promosi ini, kami berpandangan lebih baik mengambil 300Mbps berbanding 100Mbps kerana harganya adalah lebih kurang sama, tetapi dengan kelajuan internet lebih baik. Anda boleh kunjungi laman web rasmi Celcom untuk maklumat lanjut.

    Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...