More

    CelcomDigi anjurkan Karnival Jom 5G untuk bantu anda dapatkan telefon dan peranti 5G terkini

    Pada 18 hingga 20 Ogos 2023, CelcomDigi Berhad akan menganjurkan Karnival Jom 5G di mana para pelawat boleh menerokai pelan perkhidmatan 5G yang ditawarkan oleh CelcomDigi, selain melihat pilihan peranti 5G terkini, aksesori, diskaun, penjimatan dan banyak lagi.

    Para pelawat boleh membeli pelbagai telefon pintar yang menyokong rangkaian 5G seperti siri iPhone 14, siri telefon Samsung Galaxy, vivo, HONOR, OPPO dan banyak lagi. Pelawat juga berpeluang untuk memiliki sebuah telefon pintar 5G secara percuma.

    Selain telefon, para pelawat boleh menikmati diskaun sehingga 75 peratus untuk pelbagai aksesori seperti Rockrose Powerbanks, 70Mai Dash Cams, fon kepala Skullcandy dan banyak lagi.

    Karnival Jom 5G akan dianjurkan di beberapa lokasi di seluruh negara:

    • Celcom bluecube Sunway Pyramid, Subang Jaya
    • Digi Store Bayan Baru, Pulau Pinang
    • Celcom bluecube Taman Molek, Johor Bahru
    • Celcom bluecube, Kuantan
    • Digi Store Api-Api, Kota Kinabalu
    • Celcom bluecube Tun Jugah, Kuching

    Layari laman web Celcom atau Digi untuk maklumat lanjut mengenai acara ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...