More

    CelcomDigi beri laporan program integrasi dan pemodenan rangkaian di Malaysia

    Menurut CelcomDigi, mereka telah menyelesaikan 44% daripada program integrasi dan pemodenan rangkaian seluruh negara (NIM). Kerja-kerja ini mengambil masa lebih awal daripada jadual untuk siap selepas tiga tahun penggabungan.

    Sehingga akhir April 2024, CelcomDigi telah memodenkan lebih 7200 tapak yang membolehkan pengguna di kawasan tersebut menikmati kelajuan muat turun yang dipertingkatkan antara 20% hingga 26% dan kekuatan isyarat yang lebih baik antara 13 % hingga 16%.

    CelcomDigi menjangkakan akan melepasi tahap siap 50% di empat negeri dan 60% di tiga negeri termasuk Pulau Pinang menjelang akhir Jun. Ini akan menandakan tahun pertama sejak program integrasi dan pemodenan berskala penuh pada Jun 2023.

    Pelaburan sebanyak RM4 bilion digunakan dalam perbelanjaan modal (CAPEX) untuk membina 18,000 tapak rangkaian sedia 5G di Malaysia. Pada masa ini, lokasi rangkaian 5G mencapai 86% manakala rangkaian 4G LTE dan 4G LTE-Advanced masing-masing berada pada tahap 96.8% dan 92.1% di seluruh negara.

    Tambahan, CelcomDigi kini bekerjasama dengan rakan kongsi strategik untuk mencuba teknologi 5.5G dan kes penggunaan baharu untuk pengalaman digital yang dipertingkatkan untuk perusahaan serta pengguna di Malaysia.

    Sebelum ini, CelcomDigi telah bekerjasama dengan pelbagai syarikat terkemuka seperti Petronas, DHL, Pelabuhan Langkawi dan Kumpulan Sunway untuk mengusahakan pembangunan bandar pintar dengan Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

    CelcomDigi secara aktif menyokong pendigitalan sektor awam dan perusahaan dalam semua saiz melalui siri bengkel dan jerayawara My5G di seluruh negara. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured