More

    CelcomDigi lancar “Life” – Kedai berkonsep pengalaman interaktif pertama di Malaysia

    CelcomDigi hari ini melancarkan “Life” iaitu kedai fizikal utama baharu di The Gardens Mall dan Sunway Pyramid. Kedai ini memperkenalkan konsep peruncitan berasaskan pengalaman interaktif yang pertama seumpamanya dalam industri telco tempatan.

    Ia dibina untuk membantu rakyat Malaysia meneroka, mencuba dan memiliki teknologi terkini yang memperkasa gaya hidup digital merangkumi 5G, peranti berkuasa AI serta pelbagai penyelesaian pintar. “Life” menampilkan keluasan 3,500 kaki persegi dan menyatukan lebih 20 rakan kerjasama dalam satu ekosistem dinamik.

    Bermula 16 hingga 20 Julai di The Gardens Mall dan 23 hingga 27 Julai di Sunway Pyramid, pelanggan boleh menikmati pelbagai promosi termasuk diskaun aksesori, tawaran pembelian dengan pembelian serendah RM1, hadiah percuma untuk 100 pelanggan pertama dan diskaun sehingga 30% untuk pelanggan CelcomDigi dengan kontrak peranti Samsung.

    Antara tarikan utama ialah konsep “store-within-a-store” pertama di Malaysia di mana Samsung dan Disney masing-masing mempunyai zon pengalaman tersendiri. Zon Samsung menampilkan produk gaya hidup, peranti boleh pakai dan teknologi kecergasan lengkap dengan skrin interaktif “Endless Aisle” untuk pembelian terus ke rumah.

    Sementara itu, ruang Pixar Connect Lounge di The Gardens Mall dan Marvel Connect Lounge di Sunway Pyramid menawarkan aktiviti berinspirasi Disney dan barangan eksklusif DisneyStore.asia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk datang dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...