More

    CelcomDigi lancarkan Pakej 5G Rahmah dan tawaran istimewa dengan 5G Booster Bonanza

    CelcomDigi hari ini memperkenalkan Pakej 5G Rahmah dengan menampilkan pelan mampu milik dengan pakej pakej telefon. Pelanggan akan dapat memilih antara dua model telefon 5G iaitu Samsung Galaxy A14 5G pada harga RM119 (RRP: RM949) dan HONOR 90 Lite 5G dengan harga RM239 (RRP: RM1,099) yang ditawarkan bersama pelan bulanan RM60.

    Peranti ini juga disertakan dengan jaminan peranti selama 24 bulan. Selain itu, pelanggan dalam kumpulan B40 akan dapat menikmati rebat istimewa RM120 pada peranti yang ditawarkan. Pelanggan yang berminat boleh mengunjungi Celcom bluecube atau Digi Store terdekat untuk menyemak kelayakan mereka untuk rebat ini.

    Sepanjang bulan September, pelanggan Celcom dan Digi juga boleh menikmati Internet 5G dan 4G tambahan dengan pelan Pascabayar. Pelanggan boleh mendapat kuota Internet sehingga 90GB dengan 5G Booster pada hanya RM10/bulan melalui aplikasi Celcom Life atau MyDigi.

    5G Booster datang tanpa kontrak dan tiada keperluan untuk mendaftar bagi pelan khusus 5G baharu menjadikannya pilihan paling fleksibel untuk merasai pengalaman 5G. Pelanggan boleh mendaftar untuk Pakej 5G Rahmah melalui kedai Celcom dan Digi serta pengedar sah di seluruh negara mulai 1 September 2023.

    Untuk maklumat lanjut tentang tawaran baharu ini atau untuk mendaftar, sila layari laman rasmi Celcom di sini dan laman rasmi Digi di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...