More

    CelcomDigi lancarkan Spark, aplikasi eSIM pertama di Malaysia

    Syarikat telekomunikasi CelcomDigi hari ini melancarkan Spark by CelcomDigi iaitu sebuah aplikasi eSIM sahaja (eSIM-only) yang memudahkan pengguna mendaftarkan diri, mengaktifkan, menaik atau menurun taraf serta membatalkan pelan langganan telekomunikasi berdasarkan eSIM pada bila-bila masa dan mana-mana sahaja.

    Ia ditawarkan dalam tiga pelan pada harga bermula RM15 sebulan, dengan kuota internet sehingga 200GB. Pengguna juga boleh menguruskan sehingga lima nombor telefon dalam satu akaun supaya ia akan memudahkan pengguna yang inginkan beberapa nombor serentak untuk pelbagai tujuan seperti pelancongan, nombor telefon kedua dan lain-lain.

    Spark juga menawarkan perayauan secara permintaan (on-demand roaming) bermula RM4, pelan tambahan (booster plan) dan pilihan untuk meneruskan atau menghentikan perkhidmatan pada bila-bila masa. Ia menawarkan sokongan sembang langsung (live chat support) untuk memudahkan para pengguna tanpa perlu keluar daripada aplikasi.

    Untuk menggunakan Spark, terlebih dahulu anda perlu gunakan peranti yang menyokong eSIM. Berikut adalah langkah-langkah untuk mula menggunakannya:

    1. Muat turun aplikasi Spark daripada Google Play Store atau Apple App Store
    2. Pilih nombor telefon yang diinginkan dan pilih pelan Mini, Standard atau Plus
    3. Talian eSIM terus diaktifkan

    Bagi meraikan pengguna terhadap pengalaman baharu ini, mereka yang mengaktifkan Spark sebelum 31 Disember 2025 akan menerima potongan RM5 setiap bulan selama 12 bulan. Anda hanya perlu masukkan kod promo SPARK5 sewaktu membuat pendaftaran untuk mendapatkannya.

    Layari laman web CelcomDigi untuk maklumat lanjut. Beritahu kami di Facebook jika anda akan melanggannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured