More

    CelcomDigi, Maxis, TM dan U Mobile serah bidaan untuk bangunkan rangkaian 5G kedua

    Menteri Komunikasi Malaysia, Fahmi Fadzil telah memberikan maklumat terkini mengenai rangkaian 5G kedua Malaysia yang akan datang. Beliau mendedahkan bahawa 4 pengendali rangkaian mudah alih (MNO) telah mengemukakan bidaan untuk rangkaian itu.

    MNO tersebut ialah CelcomDigi, Maxis, Telekom Malaysia (TM) dan U Mobile. Menurut sumber, Fahmi berkata bahawa 4 syarikat tersebut adalah merupakan sebahagian daripada 5 MNO yang menandatangani perjanjian langganan saham (SSA) dengan Digital Nasional Bhd (DNB).

    Satu-satunya MNO yang belum menyerahkan tender untuk rangkaian ke-2 ialah YTL Communications Sdn Bhd (Yes). Bagaimanapun, Fahmi berkata, beliau tidak akan mengganggu proses itu. Sebaliknya, beliau menyerahkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan berharap syarikat terbaik akan menang.

    Fahmi seterusnya menyatakan bahawa keputusan untuk melaksanakan rangkaian 5G kedua akan berdasarkan bidaan yang dikemukakan oleh MNO. Keputusan itu dijangka akan diumumkan tidak lama lagi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Utusan

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured