More

    CelcomDigi mengumumkan kerja naik taraf rangkaian dari 14-15 Oktober 2024

    CelcomDigi dalam kemas kini terbaharu mengumumkan bahawa syarikatnya bakal melakukan kerja naik taraf rangkaian untuk perkhidmatan telekomunikasi yang akan berlangsung pada 14 dan 15 Oktober 2024 dari jam 9 malam hingga 9 pagi di seluruh Malaysia.

    Menurut CelcomDigi, perkhidmatan panggilan, pemesejan dan sambungan internet tidak akan terjejas oleh proses naik taraf ini. Namun, perkhidmatan lain seperti akses kepada aplikasi, tapak web dan perkhidmatan fizikal seperti kiosk Digi dan kedai fizikal tidak akan dapat diakses dalam jangka masa yang tersebut.

    Selain itu, perkhidmatan lain yang akan terganggu termasuk pendaftaran pengguna baharu, penukaran pelan, pembayaran dalam aplikasi, pembelian menggunakan DigiPay, langganan dan pengaktifan pas perayauan.

    Pembayaran kepada perkhidmatan Digi melalui platform pembayaran lain seperti perbankan dalam talian laman web CelcomDigi, kiosk , Pos Malaysia dan juga kaunter seperti 7-Eleven, 99 Speedmart dan KK Mart juga turut tergendala.

    Untuk perkhidmatan perayauan, pengguna CelcomDigi yang melancong ke luar negara pada tarikh 14-15 Oktober disarankan agar membeli pas perayauan lebih awal sebelum pukul 6 petang pada 14 Oktober 2024 atau selepas pukul 9 pagi pada 15 Oktober 2024.

    Perkhidmatan pertukaran rangkaian juga akan tergendala sementara dari 12.01 pagi pada 13 Oktober 2024 hingga 11.59 malam pada 15 Oktober 2024. Bagi perkhidmatan internet jalur lebar, CelcomDigi menasihatkan pengguna untuk tidak menghidupkan penghala WiFi mereka antara 9 malam dan 9 pagi pada 14 dan 15 Oktober.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: CelcomDigi

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured