More

    CelcomDigi naik taraf prabayar 5G Edisi Biru dengan kelajuan 12Mbps, FUP 200GB berharga RM39/bulan

    CelcomDigi hari ini mengumumkan bahawa prabayar 5G Edisi Biru telah dinaik taraf dengan peningkatan kelajuan internet. Peningkatan ini adalah hasil daripada usaha penyepaduan dan pemodenan rangkaian berterusan CelcomDigi dengan meningkatkan lagi liputan rangkaian, kualiti serta prestasi.

    Pengguna yang melanggan prabayar 5G Edisi Biru akan menikmati perkhidmatan internet tanpa had dengan Fair Usage Policy (FUP) yang dinaik taraf sehingga 200GB data dan kelajuan sehingga 12Mbps. Pengguna juga mendapat data 65GB untuk kelajuan 100Mbps, hotspot 15GB dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian dengan hanya RM39 sebulan.

    Selain itu, pengguna juga boleh memilih prabayar 5G Edisi Kuning berharga RM25 sebulan yang menawarkan data 40GB dengan kelajuan internet sehingga 100Mbps, hotspot 30GB dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian.

    Pengguna yang berminat boleh mendaftar untuk pelan prabayar 5G Edisi Biru atau Edisi Kuning di kedai CelcomDigi, bluecube, kedai Digi dan pengedar sah. Selain itu, anda juga boleh melanggan melalui aplikasi Celcom Life atau MyDigi. Untuk maklumat lanjut mengenai pelan yang disebutkan, anda boleh klik di sini.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured