More

    CelcomDigi: Pemodenan rangkaian melepasi 50%, sasar 75% menjelang akhir tahun

    CelcomDigi hari ini mengumumkan bahawa mereka telah mencapai satu pencapaian baharu dalam usaha penyepaduan dan pemodenan rangkaian setelah bergabung. Ia adalah berikutan selepas selesai menaik taraf di Pulau Pinang dan melepasi separuh sasaran operasi pemodenan di seluruh negara.

    Ia dijangka siap lebih awal daripada jadual di mana dalam tempoh setahun, CelcomDigi telah mencapai lebih daripada 50% daripada peningkatan yang disasarkan di seluruh negara. Mengikut garis masa asal, ia dijangkakan akan siap dalam masa 3 tahun.

    Selain itu, CelcomDigi berkata bahawa mereka menyasarkan proses pemodenan kepada 75% untuk peningkatan rangkaian menjelang akhir tahun. Ini meletakkan syarikat itu di tempat utama untuk menggunakan rangkaian 5G ke-2 Malaysia.

    Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi Datuk Idham Nawawi mengatakan bahawa mereka kekal komited untuk membina dan mengembangkan ekosistem 5G Malaysia baik pada lapisan infrastruktur dan aplikasi. Menjelang akhir tahun 2024, lebih daripada dua pertiga rangkaian akan dimodenkan menjadikannya rangkaian digital terbesar dan paling moden di negara ini.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured