More

    CelcomDigi perkenal sistem AI untuk trafik di Malaysia, bermula di Damansara

    CelcomDigi hari ini mengumumkan kerjasama dengan beberapa rakan industri utama Malaysia bagi merintis penyelesaian trafik pintar berasaskan kecerdasan buatan (AI) pertama seumpamanya di negara ini. Inisiatif ini dilancarkan sempena Smart City Expo Kuala Lumpur 2025 dan disaksikan oleh Menteri Digital, YB Gobind Singh Deo.

    Projek rintis ini dilaksanakan bersama MyDigital Corporation (MyDigital), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Digital Nasional Berhad (DNB) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Kawasan Damansara dipilih sebagai lokasi awal yang meliputi PJ Sentral, SS2 dan sepanjang Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).

    Melalui teknologi rangkaian neural pintar dan analitik data masa nyata yang digabungkan dengan rangkaian 5G, sistem ini akan:

    • Mengurus kitaran lampu isyarat secara dinamik untuk mengurangkan kesesakan.
    • Menyediakan panduan lencongan trafik semasa waktu puncak, kerja jalan atau kecemasan.
    • Menawarkan wawasan berguna kepada pihak berkuasa bandar untuk perancangan infrastruktur lebih baik.

    CelcomDigi mengatakan penyelesaian ini dijangka memendekkan masa perjalanan, meningkatkan keselamatan jalan raya dan menyokong pembangunan bandar pintar di Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured