More

    CelcomDigi perkenalkan PayFlex, perkhidmatan BNPL patuh syariah

    CelcomDigi hari ini memperkenalkan PayFlex yang dikuasakan oleh Boost iaitu sebuah perkhidmatan Beli Sekarang, Bayar Kemudian (Buy Now, Pay Later, BNPL) yang patuh syariah. Perkhidmatan ini boleh diakses melalui aplikasi CelcomDigi untuk memudahkan anda melakukan pembayaran.

    Pengguna boleh mengaktifkan akaun PayFlex dalam aplikasi CelcomDigi untuk pelbagai perkhidmatan seperti membayar bil pascabayar, menambah nilai kredit prabayar atau berbelanja di lebih dua juta lokasi atau titik sentuh DuitNow QR di seluruh negara.

    Untuk pembayaran balik, pelanggan boleh pilih untuk buat bayaran balik sehingga 12 bulan dengan had kredit sehingga RM1,499. Sebagai sebuah perkhidmatan yang patuh syariah, ia menawarkan pengalaman “bayar kemudian” yang bertanggungjawab dan telus.

    Pengenalan PayFlex merupakan salah satu strategi CelcomDigi untuk menyediakan aplikasi yang mampu menjadi hab gaya hidup digital sehenti, bukan sekadar perkhidmatan telekomunikasi.

    Layari laman web CelcomDigi untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured