More

    CelcomDigi Postpaid dilancar, tawarkan pelbagai pelan pascabayar 5G bermula RM70 sebulan untuk 90GB

    Pada hari ini, CelcomDigi Berhad melancarkan pelan pascabayarnya yang terbaru, CelcomDigi Postpaid 5G, iaitu pelan pascabayar pertama daripada syarikat itu sejak ia melalui penggabungan Celcom dan Digi pada tahun lalu. Ia akan ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia bermula 1 Disember 2023 dan memberikan akses internet 4G dan 5G dengan pelbagai manfaat menarik.

    Dengan pelan CelcomDigi Postpaid 5G, pelanggan boleh pilih daripada lima pelan yang menawarkan pelbagai kuota internet dan kelajuan 5G, bermula RM70 sebulan untuk data 90GB. Lima pelan tersebut adalah Postpaid 5G 80, Postpaid 5G 100, Postpaid 5G 120, Postpaid 5G 140 dan Postpaid 5G 160. Pelanggan juga akan menerima rangkaian 4G jika mereka berada dalam kawasan yang tidak menawarkan perkhidmatan 5G.

    Senarai pelan yang ditawarkan dalam CelcomDigi Postpaid 5G
    Faedah tambahan yang ditawarkan dalam pelan pascabayar CelcomDigi Postpaid

    Pelanggan yang melanggan kepada pelan Postpaid 5G 120 dan ke atas akan menerima internet 4G dan 5G tanpa had serta panggilan telefon tanpa had. Selain itu, semua pelanggan boleh menerima rebat tambahan RM10 dengan setiap komitmen bulanan dengan mana-mana kontrak.

    Pelanggan juga boleh menyertakan enam nombor telefon ahli keluarga dalam pelan CelcomDigi Postpaid 5G, bermula RM30 sebulan. Pada masa yang sama, pelanggan pelan Postpaid 5G 120 dan ke atas berpeluang memilih pelan Family Plus untuk dapatkan internet 4G dan 5G tanpa had.

    Jika anda memiliki beberapa gajet, anda boleh beli Gadget SIM pada harga bermula RM30 sebulan.

    Selain pelan di atas, CelcomDigi juga memperkenalkan sebuah pelan menyeluruh yang memudahkan anda untuk kekal berhubung dengan internet di rumah dan di luar. Pada harga RM260 sebulan, pelanggan Postpaid 5G 260 akan menerima internet gentian rumah (home fibre) 300Mbps, internet mudah alih 4G/5G tanpa had, panggilan telefon tanpa had serta diskaun 50 peratus untuk nombor telefon keluarga atau Gadget SIM.

    Faedah yang ditawarkan dengan pelan Postpaid 5G 260

    Para pelanggan CelcomDigi sedia ada boleh menaik taraf kepada Postpaid 5G 260 pada harga RM200 sebulan, dengan rebat khas tambahan.

    Bagi memudahkan lebih ramai rakyat Malaysia memiliki peranti yang boleh dihubungkan kepada rangkaian 5G, CelcomDigi menawarkan pelan Easy360 yang membenarkan pelanggan untuk membuat bayaran ansuran selama 36 bulan untuk pelbagai telefon pintar tercanggih seperti iPhone 15, Samsung Z Fold5 dan OPPO Flip N3.

    "
    "
    Telefon yang ditawarkan dengan pelan Easy360
    Telefon yang ditawarkan dengan Pakej MegaJimat

    Sementara itu, Pakej MegaJimat pula menawarkan telefon pintar 5G secara percuma dengan pelan Postpaid 5G 80. Telefon yang disertakan dalam pelan ini adalah telefon mampu milik seperti Samsung Galaxy M14 5G, ZTE Blade A73 5G dan vivo Y27 5G.

    Perlu diingati bahawa pelan pascabayar Celcom dan Digi sedia ada masih lagi ditawarkan, walaupun selepas pelan CelcomDigi Postpaid 5G diperkenalkan pada 1 Disember 2023. Layari laman web CelcomDigi untuk maklumat lanjut mengenai pelan ini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...