More

    CelcomDigi tawar internet tanpa had 50 hari untuk jemaah Haji dengan harga RM138

    Berita baik untuk rakyat Malaysia yang bakal menunaikan Haji kerana CelcomDigi kini menawarkan Pas Perantauan Haji istimewa yang membolehkan pengguna kekal berhubung sepanjang berada di Arab Saudi dengan hanya RM138.

    Dengan pas ini, pelanggan CelcomDigi (prabayar dan pascabayar) akan menikmati 50 hari internet tanpa had, 150GB data berkelajuan tinggi dan panggilan masuk percuma dari seluruh dunia. Menariknya, pengguna tidak perlu untuk menukar kad SIM.

    Cuma tutup mod penerbangan dan sambungan ke rangkaian terkuat (Mobily, STC atau Zain) akan berlaku secara automatik. Semuanya mudah dan tanpa gangguan. Pas ini boleh dibeli melalui aplikasi Celcom Life atau MyDigi dari sekarang hingga 30 Jun 2025.

    Bagi bukan pelanggan CelcomDigi, mereka juga boleh menikmati tawaran ini melalui pek prabayar Permulaan Haji yang boleh didapati di acara Kursus Perdana Haji anjuran Tabung Haji, kedai CelcomDigi dan pengedar sah di seluruh negara. Maklumat lanjut, anda boleh klik di sini.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured