More

    CelcomDigi tawarkan data internet 15GB pada harga RM15 sahaja

    CelcomDigi Berhad kini sedang menganjurkan promosi Hari Gaji Specials untuk bulan Ogos yang akan berlangsung pada 24 hingga 28 Ogos 2023. Ia bakal ditawarkan kepada semua pelanggan Celcom dan Digi untuk kategori prabayar dan pascabayar.

    Untuk para pelanggan pascabayar Celcom XPAX Postpaid, Celcom MEGA dan Digi Postpaid, anda boleh tingkatkan kuota internet berkelajuan tinggi sebanyak 15GB lagi pada harga RM15 sahaja. Data tambahan ini boleh digunakan selama tujuh hari sahaja.

    Buat para pelanggan prabayar XPAX dan Digi Prepaid, anda boleh menerima data tambahan 10GB secara percuma apabila anda menambah nilai sebanyak RM30 dan ke atas melalui e-dompet tertentu.

    Pelanggan Celcom XPAX boleh melakukannya melalui laman web Celcom, aplikasi Celcom Life atau Boost, manakala pelanggan Digi Prepaid boleh melakukannya melalui Digi Store Online, aplikasi MyDigi, Boost, Lazada, Touch ‘n Go eWallet atau Z City.

    Layari laman web Celcom atau Digi untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured