More

    CelcomDigi tawarkan data percuma 100GB dengan “top-up” RM30

    CelcomDigi hari ini mengumumkan promosi khas untuk para pelanggan prabayarnya sempena sambutan Hari Malaysia yang akan menjelang pada 16 September ini.

    Jika anda merupakan pelanggan CelcomDigi Prepaid 5G dan menambah nilai pelan prabayar anda sebelum 24 September 2024, anda boleh dapatkan kuota data internet percuma sebanyak 100GB. Promosi ini hanya layak untuk tambahan nilai sekurang-kurangnya RM30 dan kuota 100GB ini hanya boleh digunakan dalam tempoh tiga hari.

    Promosi ini boleh didapti dengan menambah nilai melalui aplikasi Celcom Life, MyDigi, Touch ‘n Go eWallet, Boost atau ZCITY. Anda juga boleh menambah nilai di kedai-kedai CelcomDigi, mesin ATM, perbankan atas talian atau PIN.

    Untuk para pelanggan baharu pula, anda dijemput untuk mendaftarkan pelan prabayar CelcomDigi Prepaid 5G Edisi Biru atau CelcomDigi Prepaid 5G Edisi Kuning di mana-mana kedai CelcomDigi, Celcom bluecube, Digi Stores serta pengedar sah.

    Layari laman web CelcomDigi untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Anker Soundcore AeroClip 2 dilancar dengan cip AI THUS dan bateri 32 jam berharga...

    Anker melancarkan Soundcore AeroClip 2 dengan reka bentuk jenis klip terbuka yang dijana oleh cip pemproses khas AI THUS. Ia berfungsi memproses...

    CelcomDigi kemas kini pas perayauan, harga bermula RM10 dan panggilan percuma

    CelcomDigi mengumumkan pengenalan pas perayauan (roaming) antarabangsa baharu yang ditawarkan pada harga bermula RM10 untuk pelanggan prabayar dan RM30 untuk pelanggan pascabayar....

    Belanjawan 2027: Rakyat Digital tawar 100,000 langganan AI percuma tahun depan

    Inisiatif Rakyat Digital akan diteruskan pada 2027 dengan penyediaan 100,000 langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) percuma. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk...

    Belanjawan 2027: Kerajaan dan Grab sediakan RM160 juta untuk pekerja e-hailing dan p-hailing

    Kerajaan mengumumkan pakej bantuan khas bernilai RM160 juta yang dibiayai bersama Grab bagi meningkatkan pendapatan bersih dan kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing...

    Infinix SMART 20e rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz, kalis IP64 bermula RM499

    Infinix melancarkan peranti kelas permulaan baharu iaitu Infinix SMART 20e untuk pasaran Malaysia. Peranti memfokuskan kepada penggunaan harian dan hiburan pada julat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured