More

    CelcomDigi tawarkan Hari Gaji Specials, nikmati penjimatan besar sehingga 27 Mac ini

    CelcomDigi telah mengadakan tawaran eksklusif Hari Gaji Specials dan menikmati penjimatan besar pada musim perayaan ini. Tawaran Hari Gaji Specials terbuka untuk pengguna Celcom dan Digi bermula hari ini hingga 27 Mac 2023. Untuk pengguna prabayar, terdapat promosi internet 10GB percuma dengan tambah nilai RM30 dan ke atas.

    Pengguna Celcom XPAX dan Digi Prepaid layak menikmati internet 10GB tambahan secara percuma apabila menambah nilai melalui aplikasi dan e-dompet yang terpilih. Untuk menikmati kuota internet 10GB percuma tersebut, pengguna Celcom XPAX perlu menambah nilai RM30 dan ke atas melalui laman web Celcom, aplikasi Celcom Life atau Boost.

    Manakala, pengguna Digi Prepaid boleh menambah nilai melalui aplikasi MyDigi dan Digi Store Online, serta melalui aplikasi e-dompet Boost, Lazada, Shopee, Touch n Go dan Z City. Untuk pengguna pascabayar, terdapat pas tambahan internet berkelajuan tinggi 15GB pada berharga RM15.

    Pengguna Celcom XPAX dan Digi Prepaid kini boleh menambah kuota internet dengan mudah menerusi pembelian pas internet berkelajuan tinggi 15GB pada hanya RM15 dengan tempoh sah tujuh hari. Pengguna Celcom boleh membuat pembelian melalui aplikasi Celcom Life manakala pengguna Digi pula boleh mendapatkannya melalui aplikasi MyDigi dan Digi Store Online.

    Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran, anda boleh lawati laman rasmi Celcom dan Digi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured