More

    CelcomDigi tawarkan internet 1TB pada harga RM15 dan banyak lagi promosi sempena Hari Gaji Specials

    Seperti biasa, syarikat telekomunikasi CelcomDigi menawarkan promosi Hari Gaji Specials pada hujung bulan dan untuk kali ini ia akan berlangsung daripada hari ini sehingga 28 April 2024. Untuk bulan ini, CelcomDigi menawarkan diskaun untuk pelbagai peranti serta kuota internet percuma.

    Seperti contoh, tablet iPad Air 10.9 inci (generasi kelima, Wi-Fi) boleh dibeli pada harga RM2,199 (harga asal RM2,899), manakala iPad 10.9 inci (generasi kesepuluh, Wi-Fi) boleh dibeli pada harga RM1,449 (harga asal RM1,999).

    Selain itu, telefon lipat Samsung Galaxy Z Flip5 dan Samsung Galaxy Z Fold5 akan dijual dengan diskaun RM200 dalam CelcomDigi Online Shop. Pelanggan hanya perlu gunakan kod HGSAPR sewaktu membuat pembayaran untuk mendapatkan diskaun ini.

    Untuk pelanggan pascabayar XPAX Postpaid, Celcom MEGA dan Digi Postpaid, anda boleh dapatkan kuota internet 5G/4G sebanyak 1,000GB pada harga RM15 sahaja. Ia hanya boleh digunakan dalam tempoh tujuh hari dan boleh dibeli daripada aplikasi Celcom Life atau MyDigi.

    Selain itu, pelanggan baharu yang melanggan kepada pelan Celcom XPAX Unlimited berharga RM38 ke atas, Digi NEXT 35 atau Digi NEXT Unlimited 40 akan menerima kuota tambahan 30GB yang boleh digunakan selama tujuh hari. Kuota tersebut boleh digunakan dalam rangkaian 4G dan 5G. Promosi ini boleh didapati jika anda membeli pelan itu dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet, Boost atau ZCITY.

    Para pelanggan prabayar Celcom XPAX dan Digi Prepaid pula akan menerima kuota 5G/4G tambahan sebanyak dua kali ganda apabila mereka melanggan melalui Celcom Life App atau MyDigi App.

    Layari laman web CelcomDigi untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured