More

    CelcomDigi tawarkan internet 660GB berharga RM8 sahaja dan banyak lagi sempena promosi 6.6

    CelcomDigi sekarang sedang menganjurkan promosi 6.6 Sale yang menawarkan pelbagai peranti dan pelan telekomunikasi pada harga diskaun sehingga 16 Jun 2024. Promosi ini juga berlangsung serentak dengan sambutan Hari Bapa, jadi ini mungkin masa yang sesuai untuk menghadiahkan bapa anda dengan peranti baharu.

    Sepanjang promosi ini, anda boleh menerima diskaun sehingga RM1,200 untuk pembelian iPhone 14, iPhone 15 dan Apple Watch terpilih di CelcomDigi Online Shop sahaja. Untuk mendapatkan diskaun, anda hanya perlu masukkan kod baucar 66SALE sewaktu membuat pembayaran.

    Sempena pertandingan bola sepak antarabangsa UEFA EURO 2024 yang akan berlangsung pada bulan ini, anda juga boleh beli pas musim EURO 2024 pada harga RM29.99 sahaja (harga asal RM42.99) untuk akses kepada setiap perlawanan secara langsung. Ia boleh ditonton melalui SPOTV NOW dan promosi ini akan berlangsung sehingga 13 Jun 2024 (11:59 malam).

    Selain itu, pelanggan prabayar dan pascabayar CelcomDigi boleh membeli data internet 4G/5G sebanyak 660GB pada harga RM8 sahaja. Data tersebut hanya boleh digunakan selama empat hari dan ia boleh dibeli daripada aplikasi Celcom Life atau MyDigi.

    Pengguna prabayar juga boleh membeli Prepaid Super Long Life untuk tempoh sah penggunaan selamat satu tahun (365 hari) pada harga RM54 sahaja. Ia boleh didapati dalam aplikasi Celcom Life atau MyDigi.

    Layari laman web CelcomDigi untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured