More

    CelcomDigi tawarkan iPad berharga RM1 dan banyak lagi sempena Hari Merdeka

    Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang akan berlangsung tidak lama lagi, CelcomDigi akan menawarkan pelbagai promosi khas untuk para pelanggan prabayar, pascabayar, internet rumah, peranti 5G dan banyak lagi. Promosi ini akan berlangsung sehingga 18 September 2025.

    Sebagai contoh, anda boleh dapatkan iPad pada harga ansuran RM1 sebulan dengan pelan semua-dalam-satu CelcomDigi One Ultra atau One Pro, yang turut menyertakan talian pascabayar 5G/4G, gentian 300Mbps dan akses kepada Disney+ Hotstar.

    Pelanggan CelcomDigi Postpai 5G 80 pula boleh dapatkan telefon pintar 5G secara percuma melalui Pakej MegaJimat, seperti vivo Y29t 5G, OPPO A5 5G dan realme 14x 5G.

    Anda juga boleh dapatkan percubaan MobileSHIELD secara percuma selama sebulan. MobileSHIELD ialah aplikasi keselamatan terbaru untuk melindungi anda daripada jenayah siber seperti penipuan, aplikasi bahaya, identiti palsu dan ancaman privasi.

    Selain itu, anda boleh dapatkan data internet berkelajuan tinggi 4G/5Gs sebanyak 299GB berharga RM8 sahaja dan boleh digunakan dalam tempoh empat hari.

    Untuk mereka yang gemar menonton filem atau video, anda boleh dapatkan pas lima hari untuk tontonan Disney+ Hotstar, YouTube, Netflix, iQIYI dan Viu pada harga RM6.80 sahaja. Kedua-dua pas ini boleh didapati dalam aplikasi Celcom Life dan MyDigi.

    Sementara itu, 68 pelanggan CelcomDigi yang bertuah akan menerima pelan fibre-to-the-room (FTTR) secara percuma. Tawaran ini hanya diberikan kepada pelanggan CelcomDigi Fibre sementara stok masih ada.

    Untuk maklumat lanjut mengenai Tawaran Gemilang CelcomDigi, layari laman web CelcomDigi. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured