More

    CelcomDigi tawarkan pelan pembelian Pixel 9 serendah RM63 sebulan, bayaran pendahuluan RM0

    Untuk mereka yang berminat memiliki siri telefon pintar Google Pixel 9 yang baru sahaja dilancar di Malaysia, CelcomDigi kini menawarkan pelan khas Easy360 bagi memudahkan anda membeli peranti tersebut. Dengan pelan ini, anda boleh beli Pixel 9 dengan bayaran pendahuluan RM0, kadar faedah 0% dan dapatkan penjimatan sehingga RM2,023.

    Pelan ini boleh dilanggan untuk Pixel 9 dan Pixel 9 Pro XL. Anda juga boleh dapatkan Google Pixel 9 Pro XL 512GB dalam warna Hazel yang dijual secara eksklusif hanya oleh CelcomDigi sahaja.

    Anda boleh pilih kontrak selama 24 atau 36 bulan untuk pelbagai varian memori, dengan harga ansuran bulanan serendah RM63 sebulan untuk pelan Pixel 9 128GB selama 36 bulan.

    Selain itu, anda boleh dapatkan penjimatan sehingga RM5,850 jika anda menukar peranti lama (trade-in) sewaktu membeli Pixel 9 dengan CelcomDigi. Tawaran ini hanya layak untuk peranti-peranti terpilih dan akan berlangsung sehingga 16 September 2024 sahaja. Layari laman web CelcomDigi untuk maklumat lanjut mengenai pembelian secara trade-in.

    Pelanggan juga boleh membeli pelan perlindungan CelcomDigi Phone Care pada harga bermula RM21 sebulan. Dengan pelan ini, pelanggan boleh menggantikan Pixel 9 mereka jika ia hilang atau rosak.

    Jika anda berminat untuk membeli terus Pixel 9 tanpa sebarang kontrak, ia boleh dibeli di kedai CelcomDigi pada harga bermula RM3,999. Di samping itu, pelanggan yang membeli mana-mana Pixel 9 di kedai CelcomDigi Store seluruh negara sebelum 22 September 2024 akan menerima diskaun sehingga 40% untuk pembelian aksesori.

    CelcomDigi juga akan menganjurkan promosi terhad di kedai CelcomDigi Store Taman Tun Dr Ismail yang akan berlangsung sehingga 25 Ogos 2024. Anda akan menerima rebat RM288 untuk pembelian Pixel 9 Pro XL 512GB Hazel, manakala pembelian mana-mana Pixel 9 lain akan menerima aksesori Aukey bernilai RM158.

    Jangan lupa untuk tonton dahulu video kami tentang perkara yang menarik mengenai Google Pixel 9 Pro XL:

    "
    "

    Layari laman web CelcomDigi untuk maklumat lanjut mengenai pelan pembelian siri Pixel 9 dengan mereka. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured