More

    CelcomDigi tawarkan telefon 5G percuma dan pelbagai tawaran sempena Tahun Baru Cina

    CelcomDigi mengumumkan ketersediaan telefon 5G percuma untuk pelanggan yang mendaftar untuk pakej peranti dengan Celcom MEGA 98 atau Digi Pakej PowerJimat. Untuk meraikan Tahun Arnab, CelcomDigi juga menyediakan pelbagai tawaran menarik untuk pelbagai pelan Pascabayar, Prabayar dan Fibre.

    Terdapat telefon Redmi 10 5G dan Samsung Galaxy A13 5G percuma apabila pelanggan mendaftar untuk pakej peranti dengan kontrak 24 bulan di Celcom MEGA 98 atau Digi Pakej PowerJimat dengan Digi Postpaid 90. Tambahan, diskaun RM240 untuk iPhone 14 dan iPhone 14 Plus apabila mereka mendaftar melalui Celcom EasyPhone atau Digi PhoneFreedom 365.

    Selain itu, pelan Celcom MEGA dan Digi Postpaid menawarkan bonus kuota internet sehingga 50% manakala pelan Xpax Postpaid pula menawarkan dua kali ganda kuota Internet pada musim perayaan ini. Pelanggan yang mendaftar dalam tempoh ini juga akan menikmati penjimatan sehingga RM200 pada pelan Pascabayar terpilih.

    Pelanggan Celcom Xpax Pascabayar dan Celcom MEGA layak mendapat akses percuma 1 bulan perkhidmatan penstriman TVB Anywhere atau akses game tanpa had di pelbagai platform melalui Blacknut Cloud Gaming. Digi Postpaid 60 dan ke atas juga menawarkan pilihan untuk menikmati penstriman, game dan sosial tanpa had tanpa kos tambahan melalui Freedom Add-Ons dengan kontrak 12 bulan.

    Seterusnya, nikmati internet dan panggilan tanpa had dengan Celcom Xpax Prepaid Unlimited 38 dan Digi Prepaid NEXT Unlimited 40. Pelan Celcom Xpax Prepaid Unlimited 38 juga dilengkapi dengan internet berkelajuan tinggi 5GB. Pelanggan Celcom Xpax Mix & Match juga boleh menambah kuota 99GB untuk aplikasi seperti TikTok, YouTube, Instagram dan banyak lagi dengan hanya RM5.

    Bagi pelanggan Prabayar Digi, Pas Video Tanpa Had menyediakan penstriman tanpa henti di Netflix, YouTube, AstroGO dan banyak lagi dengan hanya RM5. Pas ini juga disediakan untuk pelanggan Digi Postpaid. Terakhir, pelanggan boleh menikmati Internet Fiber tanpa had dengan kelajuan sehingga 300Mbps dengan hanya RM100/bulan apabila dipasangkan dengan pelan Celcom MEGA atau Digi Postpaid yang terpilih.

    Pelanggan boleh mengunjungi kedai Digi terdekat dan cawangan Celcom bluecube atau kedai dalam talian utuk mendaftar. Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran ini, sila layari laman rasmi Celcom dan Digi.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured