More

    CelcomDigi, U Mobile dan ZTE catat kelajuan internet terpantas di Malaysia melalui 5G-Advanced!

    Kerjasama CelcomDigi, U Mobile dan ZTE Corporation telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records kerana mencapai kelajuan mudah alih terpantas pada 30.8 Gbps dengan 5G-Advanced (5G-A) semasa percubaan langsung yang dijalankan di Kuching, Sarawak. Pencapaian luar biasa ini kini merupakan kelajuan terpantas yang direkodkan di dunia.

    Rekod pengguna individu pula mencecah kelajuan sehingga 8.5 Gbps. Penggunaan teknologi 5G-A membawa manfaat besar kepada pengguna dan juga perusahaan kerana ia mampu menyokong aplikasi yang inovatif, kompleks dan intensif data.

    Syarikat yang terlibat juga berhasrat untuk mempamerkan teknologi canggih dengan siaran langsung 5G-A pertama di Malaysia dari Majlis Perasmian SUKMA 2024 di Sarawak kepada penonton di seluruh negara melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM).

    Siaran akan terdiri daripada strim resolusi tinggi dengan kelewatan yang minimum. Orang ramai yang melawat Pavilion CelcomDigi, U Mobile dan ZTE 5G-A yang terletak di luar Stadium Sarawak juga akan berpeluang merasai pengalaman XR (realiti lanjutan) 5G-A yang dipertingkatkan secara langsung.

    Dengan menggunakan kamera 360° berkuasa 5G-A yang dipasang di pelbagai lokasi di dalam stadium, pengunjung boleh menyelami suasana aksi stadium dengan hanya memakai sepasang cermin mata VR. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured