More

    CelcomDigi umumkan Hari Gaji Specials, tawarkan 10GB internet percuma sehingga 20 Januari ini

    CelcomDigi mengumumkan Hari Gaji Specials pertamanya dengan tawaran data nilai-untuk-wang kepada pelanggan pelan Prabayar dan Pascabayar. Kini, pengguna Celcom juga boleh menikmati penjimatan hebat seperti pengguna Digi jika mereka memerlukan kuota internet tambahan sebelum bulan berakhir.

    Tawaran istimewa empat hari ini akan disediakan kepada semua pengguna Celcom dan Digi mulai hari ini hingga 20 Januari 2023. Untuk Prabayar, anda hanya perly tambah nilai RM30 dan ke atas untuk mendapat internet 10GB percuma melalui aplikasi dan e-Dompet terpilih.

    Pengguna Celcom XPAX perlu menambah nilai RM30 ke atas melalui aplikasi Celcom Life atau Boost. Sementara itu, pengguna Digi Prepaid boleh menambah nilai melalui aplikasi MyDigi atau Digi Store dalam talian, aplikasi e-dompet Boost, Lazada, Shopee, Touch n Go atau Z City.

    Untuk Pascabayar pula, anda boleh nikmati internet berkelajuan tinggi 15GB pada hanya RM15 (sah tujuh hari). Pelan ini layak bagi pengguna Celcom XPAX Postpaid, Celcom MEGA dan Digi Postpaid.

    Pengguna Celcom boleh membeli alat tambah internet melalui aplikasi Celcom Life manakala pengguna Digi boleh melakukannya melalui aplikasi MyDigi dan Digi Store Online.

    Ketahui maklumat lanjut mengenai tawaran di atas di laman web rasmi Celcom dan Digi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...